Ada filem yang apabila ditonton tidak memberikan sebarang impak kepada kita.

Tetapi, jika jalan ceritanya menyentuh hati, ada filem yang boleh buat kita termenung lama selepas kredit penutup EN: End credits kredit penutup BM: Senarai nama pelakon dan kru yang dipaparkan pada akhir filem atau rancangan .

Lima filem tempatan ini meninggalkan kesan sebegitu.

Daripada hidup tanpa dokumen hingga konflik keluarga, kisahnya mencerminkan realiti masyarakat kita.

Nota: Filem-filem ini menyentuh tema berat seperti kemiskinan, penderaan, dadah, hukuman mati dan pembuangan bayi.

1. Jagat (2015)

Pengarah: Shanjhey Kumar Perumal

Appoy, 12 tahun, lebih minat filem gangster daripada pelajaran.

Ketika ayahnya semakin tegas mendidiknya, dia mula tertarik dengan kehidupan pak ciknya sebagai samseng.

Berlatar awal 1990-an, Jagat menggambarkan kesukaran komuniti India yang berpindah dari ladang ke bandar, namun terus dihimpit kemiskinan dan peluang yang terhad.

Filem ini memenangi Filem Malaysia Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-28.

2. One Two Jaga (2018)

Pengarah: Nam Ron

Dua anggota polis dengan pendirian berbeza bertugas di Kuala Lumpur.

Seorang menerima rasuah EN: Bribery Rasuah BM: Perbuatan memberi atau menerima wang, hadiah atau habuan untuk mempengaruhi tindakan , seorang lagi masih mahu berpegang pada prinsip.

Kisah mereka bersilang dengan pekerja asing tanpa dokumen, majikan dan orang tengah.

Masing-masing cuba mencari jalan untuk terus hidup, tetapi tindakan mereka membawa akibat kepada orang lain.

One Two Jaga meraih enam anugerah di Festival Filem Malaysia ke-30, termasuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik.

3. Abang Adik (2023)

Pengarah: Jin Ong

Abang dan Adik hidup tanpa dokumen pengenalan diri di Pudu.

Abang, yang pekak, mencari rezeki melalui kerja harian. Adik pula mahu keluar daripada kemiskinan dengan lebih cepat.

Namun, satu kejadian mengubah hubungan dan kehidupan mereka.

Wu Kang-ren memenangi Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Golden Horse ke-60 menerusi watak Abang.

Filem ini juga dipilih mewakili Malaysia ke Oscar ke-97.

4. Talentime (2009)

Pengarah: Yasmin Ahmad

Sebuah pertandingan bakat sekolah mempertemukan pelajar daripada pelbagai latar.

Melur mula rapat dengan Mahesh, seorang pelajar pekak, sementara Hafiz membahagikan masa antara persekolahan dan menjaga ibunya yang sakit.

Di sebalik muzik dan cinta pertama, Talentime menyelami kisah keluarga, prasangka dan kehilangan.

Filem ini merupakan karya terakhir Yasmin Ahmad sebelum beliau meninggal dunia pada Julai 2009.

5. Pavane for an Infant (2024)

Pengarah: Chong Keat Aun

Lai Sum bekerja di sebuah baby hatch EN: baby hatch Tempat penyerahan bayi selamat BM: Ruang khas untuk meninggalkan bayi dengan selamat supaya petugas boleh segera mengambil dan menjaganya. , tempat bayi boleh ditinggalkan dengan selamat oleh mereka yang tidak mampu menjaganya.

Apabila seorang remaja hamil datang meminta bantuan, usaha membantunya membangkitkan persoalan tentang stigma, keselamatan wanita dan nasib bayi yang tidak diingini.

Filem ini ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Tokyo pada 2024 dan dipilih sebagai wakil Malaysia ke Anugerah Akademi ke-98.

Boleh Juga Tengok...

  • Bunohan (2011) — konflik tiga adik-beradik, keganasan dan tanah pusaka di Kelantan.
  • Tiger Stripes (2023) — perubahan akil baligh yang diterjemahkan menjadi kisah seram.
  • Songlap (2011) — dua beradik yang terperangkap dalam kegiatan perdagangan bayi.

3 Frasa English Untuk Bincang Filem Heavy!

1. “It hit close to home.”


Terasa dekat dengan pengalaman sendiri.
Contoh: Jagat hit close to home because it reminded me of my childhood.

2. “I wasn’t ready for that ending.”


Tak bersedia untuk kesan emosi pengakhirannya.
Contoh: I knew it was a sad film, but I wasn’t ready for that ending.

3. “It’s a tough watch, but it’s worth it.”


Berat untuk ditonton, tetapi berbaloi.
Contoh: Abang Adik is a tough watch, but it’s worth it.

Antara lima ini, mana satu paling meninggalkan kesan pada anda?