💡 Sambil baca, sambil belajar: perkataan yang bergaris oren boleh di-hover atau ditekan untuk maksud. Ada kuiz kecil kat bawah — jangan skip!

Esok, 16 September, cuti Hari Malaysia!

Walaupun jatuh pada hari Rabu, masih ada peluang untuk mengisi cuti anda dengan aktiviti bermanfaat seperti pameran sejarah dan persembahan kebudayaan.

Tahun ini, sambutan ke-63 berpusat di Kuching, Sarawak, dengan tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”.

Kenapa 16 September?

Bezanya dengan Hari Kebangsaan mudah:

  • 31 Ogos 1957: Persekutuan Tanah Melayu merdeka daripada British.
  • 16 September 1963: Malaysia dibentuk melalui penggabungan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Singapura kemudian berpisah pada 9 Ogos 1965.

Hari Malaysia mula menjadi cuti umum EN: Public holiday cuti umum BM: Hari yang diiktiraf secara rasmi apabila kebanyakan orang tidak perlu bekerja atau bersekolah. seluruh negara pada tahun 2010.

1. Kuching Pusat Sambutan Kebangsaan

Majlis kemuncak berlangsung di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), malam 16 September, dengan lebih 5,000 pengunjung dijangka hadir.

Sambutan dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan, teater muzikal tentang pembentukan Malaysia serta konsert Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dan Stacy, masing-masing mewakili Semenanjung, Sarawak dan Sabah.

Majlis di BCCK hanya untuk tetamu jemputan.

Orang ramai boleh menikmati program sekitar bandar serta pertunjukan bunga api di Kuching Waterfront, bergantung pada keadaan semasa.

2. Pameran Di Plaza Merdeka

Pameran Koridor Pembentukan Malaysia berlangsung di Plaza Merdeka, Kuching, sejak 10 September.

Berkonsepkan “terowong sejarah”, pameran ini memaparkan dokumen berkaitan pembentukan negara.

Kemasukan percuma dan lokasinya dalam bangunan menjadikannya pilihan untuk kunjungan bersama keluarga.

Pameran mini turut diadakan di beberapa bahagian Sarawak, termasuk Mukah, bagi mereka yang berada di luar Kuching.

3. Sambutan Di Kota Kinabalu

Di Sabah, sambutan peringkat negeri berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), bermula 8 malam pada 16 September.

Orang ramai diseru hadir memeriahkan sambutan. Pameran mini Hari Malaysia turut diadakan di negeri itu.

4. Kuala Lumpur dan Putrajaya

Bagi yang berada di Lembah Klang, antara lokasi pameran Hari Malaysia ialah:

  • Menara Kuala Lumpur (KL Tower)
  • IOI City Mall, Putrajaya
  • Beberapa lokasi pameran mini EN: Mini exhibition Pameran mini BM: Pameran berskala kecil yang memaparkan bahan atau maklumat terpilih tentang sesuatu tema. sekitar Putrajaya

Pilihan dalam bangunan ini boleh dipertimbangkan jika anda mahu mengurangkan aktiviti luar ketika jerebu.

5. Pusat Beli-Belah

Beberapa pusat beli-belah turut menyediakan aktiviti sepanjang musim Merdeka dan Hari Malaysia:

  • IOI City Mall: Kempen Jalan Kita, Cerita Kita hingga 16 September, dengan persembahan kebudayaan, pameran foto dan bengkel.
  • Sunway Pyramid: Kempen Malaysia in Motion hingga 20 September, termasuk tawaran WAU! khas pada 16 September.
  • ALL IT Hypermarket: Jualan Hari Malaysia hingga 27 September, dengan sesi eRacing di MyTOWN pada hujung minggu terpilih.

Semak syarat dan lokasi promosi sebelum pergi.

Duduk rumah pun boleh sambut...

Anda boleh mengikuti siaran langsung EN: Live broadcast siaran langsung BM: Siaran yang disampaikan ketika sesuatu acara sedang berlangsung. majlis kemuncak menerusi RTM TV1 dan TVS, dengan liputan khas Bernama.

Sebelum keluar, semak jerebu dulu

Setakat 9 pagi, 15 September, sebanyak 38 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat. Antaranya:

Sebelum bergerak, semak bacaan terkini di portal APIMS dan sebarang perubahan acara melalui saluran rasmi penganjur.

Utamakan aktiviti dalam bangunan dan kurangkan masa di luar jika udara masih tidak sihat.