Kredit:Malaysia Gazette
💡 Sambil baca, sambil belajar: perkataan yang bergaris oren boleh di-hover atau ditekan untuk maksud. Ada kuiz kecil kat bawah — jangan skip!

Serbuan sebuah premis sembelihan ayam di Puchong baru-baru ini menimbulkan persoalan tentang status halal, kebajikan haiwan dan pemantauan bekalan makanan.

Ayam dan telur antara makanan paling familiar di meja kita.

Namun, berapa ramai tahu dari mana bekalannya datang atau bagaimana ayam itu diproses sebelum dijual?

Ayam Kena Mesin Pelalian Sehingga 130 Volt

Pada tengah malam 30 Oktober, pihak berkuasa menyerbu sebuah premis sembelihan ayam di Kampung Sri Aman Hilir, Puchong menerusi Op Taring Chiller.

Menurut pihak berkuasa, mesin pelalian EN: pelalian Proses melalikan atau memengsankan haiwan sebelum disembelih supaya ia tidak berasa sakit. Boleh dibuat menggunakan elektrik atau gas, dan tidak sepatutnya membunuh haiwan itu. "pe-LA-li-an" BM: stunning di premis itu didakwa menggunakan 60 volt di pintu pertama dan 130 volt di pintu kedua, berbanding had bawah 10 volt yang dinyatakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Ayam itu dipercayai mati akibat renjatan sebelum disembelih.

Mesin di premis itu dilaporkan mampu memproses lebih 40,000 ekor ayam sehari.

Susulan kejadian, sebanyak 6.5 tan ayam mentah bernilai RM85,400 dirampas, manakala 12 pekerja asing dari Bangladesh dan Pakistan ditahan.

Menurut Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), premis itu dipercayai beroperasi sejak 2004.

Serta telah membekalkan ayam kepada kedai makan, kedai runcit serta pasar raya di Lembah Klang dan Putrajaya, termasuk restoran milik orang Islam.

Kes masih dalam siasatan.

Pelalian untuk kurangkan sakit, bukan membunuh

Seorang doktor veterinar yang memperjuangkan kebajikan haiwan, Dr Ranjit Kaur Mendhir mendedahkan, pelalian atau waterbath stunning bertujuan mengurangkan kesakitan haiwan sebelum sembelihan.

Namun tegasnya, proses itu perlu dikawal supaya tidak menyebabkan ayam mati terlebih dahulu.

“Pelalian sebenarnya dilakukan supaya haiwan tidak berasa sakit. Bagi kebanyakan haiwan, proses ini dibuat sebelum sembelihan. Ada yang menggunakan elektrik, ada yang menggunakan gas.
“Tetapi pelalian itu tidak sepatutnya membunuh ayam. Dalam sembelihan Islam, ayam itu mesti masih hidup ketika disembelih,” katanya.

Beliau turut menekankan kepentingan kebersihan rumah sembelihan serta kehadiran petugas yang memantau proses pelalian.

“Semasa pelalian dilakukan, mesti ada seseorang yang memantau. Kalau tiada, proses itu boleh menjadi kejam. Daripada mengurangkan kesakitan, kita akhirnya menyeksa haiwan.
“Jadi, saya rasa jabatan berkenaan perlu menempatkan seseorang untuk memastikan prosedur dipatuhi,” katanya.

Pada pandangan beliau, setiap pengusaha perlu mempunyai petugas boleh membimbing pekerja dan memastikan garis panduan pelalian digunakan dengan betul.

Siapa yang pastikan bekalan ini dipantau?

Pensijilan halal di Malaysia secara umum bersifat sukarela.

Namun, ketiadaan kewajipan mendapatkan sijil halal tidak bermaksud pengusaha bebas daripada keperluan lesen, kebersihan atau undang-undang berkaitan.

Dalam kes Puchong, MAIS membangkitkan isu ketiadaan syarat sijil halal wajib bagi premis tertentu.

Sementara itu, Majlis Ekonomi Halal Malaysia (MEH) menggesa nama pengusaha dan senarai penuh premis penerima bekalan ayam dari rumah penyembelihan yang disita didedahkan.

Setiausaha Agung MEH, Dr Helmi Ibrahim berkata, ia perlu dilakukan demi menjaga hak pengguna Islam dan memulihkan keyakinan rakyat terhadap status halal di pasaran domestik.

Jelasnya, kaedah renjatan elektrik melebihi had yang ditetapkan had patuh syariah menyebabkan ayam mati sebelum disembelih.

“Ini bermakna ia adalah menyembelih bangkai EN: bangkai Haiwan yang mati bukan melalui sembelihan yang sah. Dalam konteks halal, bangkai tidak boleh dimakan walaupun disembelih selepas ia mati. "BANG-kai" BM: carcass , bukan menyembelih ayam hidup sebagaimana dituntut syarak.
“Jika ayam tersebut adalah untuk pasaran umum maka MEH gesa semua rumah penyembelihan ayam dan lembu yang membekalkan daging untuk pasaran umum, restoran, kedai runcit, pasaraya dan medan selera wajib memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) JAKIM yang sah dan masih berkuatkuasa,” katanya.

Tegasnya, jika dilaksanakan pengecualian hanya diberikan kepada rumah penyembelihan babi.

Pengguna tak sepatutnya jadi ‘penyiasat’

Bagi pengguna Daei Nan Azmie, 42, persoalan utama ialah bagaimana pelanggaran boleh berlaku tanpa dikesan lebih awal.

“Bagaimana pelanggaran seperti ini boleh berlaku tanpa dikesan atau ditangani lebih awal, adakah terdapat kelemahan dalam pemeriksaan rutin, penyelarasan antara agensi atau sistem pemantauan?
“Keberkesanan penguatkuasaan EN: penguatkuasaan Tindakan memastikan sesuatu undang-undang atau peraturan dipatuhi, termasuk melalui pemantauan dan hukuman. enforcement tidak sepatutnya diukur melalui jumlah serbuan atau barang yang dirampas, tetapi sejauh mana ia dapat mencegah pelanggaran daripada berlaku,” ujarnya.

Orang ramai berhak mendapat penjelasan telus dan langkah pembetulan yang jelas.

Tegasnya, tanggungjawab memastikan makanan selamat dan memenuhi keperluan halal tidak boleh diletakkan pada pengguna semata-mata.

“Pengguna tidak sepatutnya perlu menjadi penyiasat hanya untuk memastikan makanan yang dibeli itu selamat, bersih dan mematuhi keperluan halal.
"Tanggungjawab itu terletak pada pengusaha serta pihak berkuasa yang mengawasi rantaian bekalan," ujarnya.

Namun akhirinya, keyakinan pengguna tidak boleh dipulihkan dengan kata-kata jaminan sahaja.

"Ia perlu dibina melalui ketelusan, pengawasan yang boleh dipercayai dan kesediaan pihak terlibat untuk terus bertanggungjawab,” tambahnya.

Kita makan 390 biji telur setahun

Sebuah kajian oleh Malaysian Journal of Veterinary Research pada 2024, mendedahkan 65.9% responden memaklumkan ayam sebagai sumber protein yang paling kerap dimakan, diikuti ikan (14.8%) dan telur (13.6%).

Pada tahun sama, penggunaan telur di Malaysia dianggarkan 390 biji seorang setahun, meningkat daripada 329 biji pada 2018.

Itu bersamaan kira-kira sebiji sehari. Pengeluaran negara pula sekitar 15.4 bilion biji setahun, dengan sebahagiannya dieksport, termasuk ke Singapura.

Pada 2025, bekalan daging ayam untuk kegunaan domestik kira-kira 54.4 kg bagi setiap penduduk setahun, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

Sebab itu, isu bekalan atau pemprosesan ayam boleh memberi kesan kepada ramai pengguna dan pengusaha makanan.

Apa Seterusnya?

Pada 3 November, JAIS mendedahkan identiti individu atau syarikat terbabit masih belum dapat dimaklumkan sehingga maklumat sahih diperoleh.

Namun, ramai masih menggesa maklumat penuh didedahkan kepada umum selain meminta penjelasan jelas berhubung premis dan bekalan terkesan.