💡 Sambil baca, sambil belajar: perkataan yang bergaris oren boleh di-hover atau ditekan untuk maksud dalam English!
Kadar pengangguran Malaysia masih rendah, sekitar 2.9% hingga 3.0%.
Tetapi angka ini tidak semestinya bermaksud golongan pencari kerja mudah untuk mendapatkan kerja yang sepadan dengan kelayakan EN: Qualification Kelayakan BM: Pendidikan, sijil, pengalaman atau syarat tertentu yang menunjukkan seseorang layak untuk sesuatu pekerjaan. .
Hakikatnya, persaingan hari ini lebih tertumpu pada pekerjaan berkualiti dan berkemahiran tinggi.
1. Semakin Ramai Ada Ijazah
Malaysia mempunyai sekitar 5.98 juta graduan pada 2024.
Bila semakin ramai calon mempunyai kelayakan akademik yang hampir sama, kelayakan ijazah semakin sukar menjadi faktor pembeza.
Majikan kini turut melihat pengalaman, kemahiran praktikal, portfolio EN: Portfolio Collection of work BM: koleksi dokumen, hasil kerja, bidang tugas, atau pelaburan yang disusun untuk mempamerkan kebolehan atau aset seseorang dan kebolehan sebenar seseorang calon.
2. Kemahiran Tidak Sama Dengan Keperluan Majikan
Apa yang dipelajari di universiti tidak semestinya sama dengan apa yang diperlukan dalam dunia pekerjaan.
Majikan hari ini mencari kemahiran seperti komunikasi, penyelesaian masalah, literasi digital dan analitik.
Sebab itu, calon yang mempunyai pengalaman industri, projek sebenar atau kemahiran tambahan biasanya lebih menonjol.
3. AI & Teknologi Ubah Cara Kita Bekerja
Kecerdasan buatan (AI), automasi dan digitalisasi sedang mengubah banyak jenis pekerjaan.
Bukan semua pekerjaan akan hilang, tetapi cara kerja dan kemahiran yang diperlukan semakin berubah.
Graduan kini perlu terus belajar kemahiran baharu walaupun selepas tamat pengajian.
4. Ramai Bekerja Di Bawah Kemahiran
Pada 2025, sekitar 1.96 juta pekerja berpendidikan tertiari berada dalam kategori skill-related underemployment.
Maksudnya, golongan ini bekerja dalam pekerjaan yang tidak menggunakan sepenuhnya tahap kemahiran atau pendidikan mereka.
Sebab itu, kadar pengangguran rendah sahaja tidak cukup untuk menunjukkan sama ada seseorang mendapat pekerjaan yang benar-benar sesuai.
Maksudnya…
Pasaran kerja Malaysia bukan semestinya semakin kompetitif EN: Competitive Kompetitif BM: Keadaan apabila ramai orang bersaing untuk peluang yang sama kerana tiada peluang.
Cabaran sebenar ialah semakin ramai calon bersaing untuk pekerjaan yang menawarkan gaji, perkembangan kerjaya dan penggunaan kemahiran yang lebih baik.
Dalam pasaran hari ini, kombinasi ijazah + kemahiran + pengalaman semakin penting.