💡 Sambil baca, sambil belajar: perkataan yang bergaris oren boleh di-hover atau ditekan untuk maksud dalam English dan cara sebut. Ada kuiz kecil kat bawah — jangan skip!

Emas nampak macam pelaburan yang mudah. Beli ketika harga rendah, tunggu harga naik, kemudian jual.

Tapi realitinya, harga emas naik tidak semestinya bermaksud terus untung. Sebelum beli atau jual emas, ada beberapa perkara penting yang perlu difahami.

1 · Jangan Tengok Harga Beli Saja

Bila nak beli emas, jangan tengok harga yang dipaparkan saja. Anda juga perlu tengok harga jual balik EN: buyback price Harga yang ditawarkan peniaga apabila anda menjual semula emas kepada mereka. "BAI-bek prais" BM: harga belian balik — sebab biasanya ada perbezaan antara harga yang anda bayar ketika membeli dengan harga yang ditawarkan bila anda menjual semula. Perbezaan ini dipanggil spread EN: spread Perbezaan antara harga beli dan harga jual balik. /spred/ — "spred" BM: beza harga .

Contohnya: anda beli emas pada RM600 segram, tetapi harga belian balik ialah RM560 segram. Ukur baju di badan sendiri — jangan terburu-buru membeli hanya kerana nampak harga emas sedang naik.

2 · Ketulenan Emas Menentukan Nilai

Tidak semua emas mempunyai ketulenan EN: purity Peratusan kandungan emas sebenar — contohnya 999 (99.9%) atau 916 (91.6%). /ˈpjʊə.rə.ti/ — "PIU-ri-ti" BM: ketulenan yang sama. Emas 999 mempunyai ketulenan sekitar 99.9%, manakala emas 916 mengandungi kira-kira 91.6% emas.

Kalau beli barang kemas, perhatikan juga kos seperti upah membuat barang. Kos ini mempengaruhi jumlah yang anda bayar, tetapi tidak semestinya dapat kembali sepenuhnya apabila barang itu dijual.

3 · Simpan Bukti Pembelian & Semak Tempat Jual Beli

Pastikan anda tahu siapa penjualnya, berapa berat dan ketulenan emas, serta harga bayaran yang tepat. Simpan resit atau dokumen pembelian — ia membantu bila anda mahu menjual semula.

Untuk emas fizikal, fikirkan juga soal penyimpanan. Emas bukan sekadar barang yang boleh disimpan dalam laci — kalau jumlahnya semakin besar, aspek keselamatan jadi semakin penting.