Kadar Dasar Semalaman (OPR) EN: Overnight Policy Rate Kadar Dasar Semalaman BM: Kadar faedah utama yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia dan boleh mempengaruhi kadar pinjaman serta simpanan bank. kekal, ringgit pula semakin kukuh. Tapi apa sebenarnya maksud dua benda ini untuk kewangan harian kita?
Daripada ansuran pinjaman hingga perbelanjaan dalam mata wang asing, kesannya mungkin lebih dekat dengan poket anda daripada disangka.
1. Ansuran Pinjaman Rumah Lebih Stabil
Bila OPR kekal, kadar pinjaman berkadar terapung juga tidak menerima tekanan kenaikan baharu daripada keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) kali ini.
Jadi, ansuran bulanan lebih mudah dijangka.
2. Bantu Kurangkan Kos Luar Negara
Ringgit yang kukuh bermakna anda tidak perlu membelanjakan yang banyak untuk mendapatkan mata wang asing.
Ini boleh membantu untuk percutian, langganan atau pembelian dalam dolar, walaupun harga barang import EN: Import Import BM: Barangan atau perkhidmatan yang dibawa masuk dari luar negara untuk dijual atau digunakan dalam negara. tidak semestinya turun serta-merta.
3. Fixed Deposit Kekal Menarik
Kadar simpanan tetap masih kompetitif, termasuk beberapa promosi yang menawarkan pulangan lebih tinggi.
Cuma, semak syarat seperti tempoh simpanan dan jumlah minimum.
4. Kenapa BNM Kekalkan OPR?
Ekonomi Malaysia masih berkembang dengan baik dan inflasi EN: Inflation Inflasi BM: Kenaikan harga barangan dan perkhidmatan secara umum dari semasa ke semasa, yang menyebabkan kuasa beli wang berkurang. kekal terkawal.
Jadi, BNM memilih untuk mengekalkan kadar pada tahap semasa tanpa mengetatkan atau melonggarkan dasar.
Ini bermaksud…
OPR kekal memberi lebih kestabilan kepada peminjam, manakala ringgit yang kukuh boleh membantu mengurangkan sebahagian kos berkaitan mata wang asing.