Dari RM280 bilion ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Razak kepada hampir RM460 bilion di bawah Datuk Seri Anwar Ibrahim, jumlah bajet negara nampak semakin besar.

Tapi adakah bajet lebih besar bermaksud lebih banyak pembangunan? Jom tengok apa yang berubah.

1. Berapa besar bajet setiap pentadbiran?

Berikut beberapa bajet yang dibentangkan di bawah lima perdana menteri:

Angka ini ialah peruntukan ketika pembentangan, bukan jumlah sebenar yang akhirnya dibelanjakan.

Bayangkan bajet negara macam duit gaji sebuah keluarga.

Belanja mengurus (operating expenditure) ialah bil bulanan: sewa, elektrik, ansuran kereta, duit belanja anak.

Bagi kerajaan, ini termasuk gaji penjawat awam, pencen, bayaran faedah hutang dan subsidi. Wajib bayar, tak boleh skip.

Belanja pembangunan (development expenditure) pula macam duit renovasi rumah: tambah bilik, tukar bumbung.

Bagi kerajaan, ini sekolah baru, hospital, jalan raya, sistem tebatan banjir.

Dalam Bajet 2027, peruntukan (allocation) untuk pembangunan ialah kira-kira 18% sahaja.

Maksudnya, daripada setiap RM5 yang dibelanjakan, kurang lebih RM1 sahaja untuk membina sesuatu yang baharu.

2. Bajet bertambah, pembangunan pula bagaimana?

Bajet 2023 yang dibentangkan Anwar berjumlah RM388.1 bilion.

Sebanyak RM99 bilion diumumkan untuk pembangunan, termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

Untuk 2027, jumlah keseluruhan meningkat kepada RM459.8 bilion, tetapi pembangunan diperuntukkan RM83 bilion, atau sekitar 18% daripada bajet.

Maksudnya, bajet keseluruhan bertambah sekitar RM71.7 bilion, tetapi peruntukan pembangunan lebih rendah berbanding 2023.

3. Duit selebihnya pergi mana?

Sebanyak RM376.8 bilion, atau sekitar 82%, diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus pada 2027.

Ini merangkumi komitmen seperti gaji penjawat awam, pencen, subsidi, perkhidmatan dan bayaran khidmat hutang.

Perbelanjaan pembangunan pula membiayai projek serta program pembangunan, termasuk pembinaan dan naik taraf kemudahan awam.

Bayangkan sekolah: bangunan dan kemudahannya perlu disediakan, tetapi guru, bekalan dan operasi harian juga perlu dibayar.

Jadi, bahagian mengurus yang besar tidak terus bermaksud wang dibazirkan.

Peruntukan pembangunan juga tidak semestinya digunakan untuk membina sesuatu yang baharu sahaja.

Yang penting, apa hasil daripada duit yang dibelanjakan?

Bajet besar belum cerita penuh

Perbandingan antara PM membantu kita melihat perubahan peruntukan.

Tetapi saiz ekonomi, harga barang dan keperluan negara turut berubah.

Ketika pandemik, misalnya, Belanjawan 2021 memasukkan RM17 bilion di bawah Kumpulan Wang COVID-19.

Nilai ringgit juga berubah mengikut masa.

Perbandingan ini belum diselaraskan dengan inflasi, jadi angka lebih besar tidak semestinya memberi kuasa beli yang lebih besar pada kadar yang sama.

Untuk menilai bajet, kita perlu tengok lebih jauh: projek apa yang siap, perkhidmatan apa yang bertambah baik dan siapa yang mendapat manfaat?

Pada korang, ukuran paling penting ialah jumlah bajet, cara duit dibahagikan atau hasilnya?