💡 Sambil baca, sambil belajar: perkataan yang bergaris oren boleh di-hover atau ditekan untuk maksud dalam English dan cara sebut. Ada kuiz kecil kat bawah — jangan skip!

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan 110 lelaki bagi setiap 100 wanita di Malaysia. Adakah ini bermakna jumlah lelaki di negara ini telah mengatasi golongan wanita? Ini lima fakta tentang nisbah jantina EN: sex ratio Nisbah bilangan lelaki kepada wanita dalam sesuatu populasi. "seks REY-shi-o" BM: nisbah jantina yang anda perlu tahu.

1 · Nisbah Lelaki Meningkat Sejak 1980

Nisbah lelaki kepada wanita sudah menunjukkan trend peningkatan sejak empat dekad: 101 (1980), 103 (1991), 104 (2000), 106 (2010) dan kini 110 (2026) bagi setiap 100 wanita.

2 · Penduduk Bukan Warganegara Lebih Tinggi

Namun, angka ini merangkumi keseluruhan penduduk termasuk bukan warganegara. Bagi kumpulan bukan warganegara, terdapat sekitar 227 lelaki bagi setiap 100 wanita — lebih dua kali ganda. Ini berkait dengan kehadiran pekerja migran EN: migrant worker Pekerja yang datang dari luar negara untuk bekerja. "MAI-grent WER-ker" BM: pekerja migran yang majoritinya lelaki, khususnya dalam sektor pembinaan dan perkilangan.

Jika melihat rakyat Malaysia sahaja, nisbahnya jauh lebih stabil dan hampir seimbang — sekitar 102 lelaki bagi setiap 100 wanita.

3 · Kuala Lumpur Paling Tidak Seimbang

Antara semua negeri, Kuala Lumpur mencatatkan nisbah paling tinggi — 117 lelaki bagi setiap 100 wanita — kemungkinan susulan tumpuan pekerja migran di ibu negara.

4 · Wanita Lebih Ramai Di Perlis & Putrajaya

Perlis mencatatkan 99 lelaki bagi setiap 100 wanita, manakala Putrajaya 97 — menjadikan kedua-duanya kawasan yang mempunyai lebih ramai wanita berbanding lelaki.

5 · Bayi Lelaki Lebih Ramai

Secara semula jadi, lebih ramai bayi lelaki dilahirkan berbanding bayi perempuan — di Malaysia, 108 bayi lelaki bagi setiap 100 bayi perempuan pada suku pertama 2026. Tetapi umur, migrasi dan jangka hayat turut mempengaruhi komposisi keseluruhan.