Cuti Bersalin Penjawat Awam Naik Kepada 490 Hari. Ini Maksudnya

Lebih banyak kelayakan cuti untuk ibu penjawat awam sepanjang perkhidmatan.

Dalam Belanjawan 2027, kerajaan mengumumkan jumlah kelayakan cuti bersalin penjawat awam akan meningkat daripada 360 kepada 490 hari, tambahan 130 hari.

Namun, 490 hari ialah jumlah sepanjang perkhidmatan, bukan untuk satu kelahiran.

Had bagi setiap kelahiran pula meningkat kepada maksimum 98 hari.

Apa manfaatnya?

Ibu mempunyai lebih banyak kelayakan cuti terkumpul untuk pemulihan selepas bersalin dan menjaga bayi bagi kelahiran sepanjang kerjaya mereka.

Kerajaan turut menyediakan RM20 juta untuk menambah baik pusat penjagaan anak di fasiliti kerajaan.