💡 Sambil baca, sambil belajar: perkataan yang bergaris oren boleh di-hover atau ditekan untuk maksud. Ada kuiz kecil kat bawah — jangan skip!
Perbahasan boleh tertangguh, undi sokongan boleh berkurang. Tapi kalau Ahli Parlimen tak hadir, apa yang boleh berlaku?
Kita tak datang kerja, biasanya kena beri alasan. Kalau Ahli Parlimen pula tak datang ke Dewan Rakyat, apa jadi?
Soal kehadiran bukan sekadar nak tengok siapa duduk di kerusi masing-masing.
Di situlah wakil rakyat membahaskan isu, menyoal kerajaan dan mengundi undang-undang yang memberi kesan kepada kita.
Kadang-kadang, kurang dua undi pun cukup untuk mengubah keputusan.
Pada 2 Mac 2026, pindaan Perlembagaan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun gagal mendapat sokongan yang diperlukan.
Sebanyak 146 ahli menyokong, 44 berkecuali dan 32 tidak hadir.
Pindaan itu memerlukan 148 undi sokongan. Kurang dua sahaja.
Jadi, apa boleh berlaku apabila MP tak datang?
1. Tak cukup orang, sidang boleh tertangguh
Dewan Rakyat mempunyai 222 kerusi. Tetapi tidak semestinya semua ahli perlu berada dalam dewan sepanjang persidangan.
Bilangan minimum yang diperlukan ialah 26 ahli, tidak termasuk pengerusi. Ini dipanggil quorum EN: Quorum kuorum BM: Bilangan minimum ahli yang perlu hadir untuk mesyuarat berjalan .
Bunyinya tak ramai. Namun, angka itu pun pernah tidak cukup.
Pada 21 Oktober 2024, kekurangan kuorum dibangkitkan ketika perbahasan Belanjawan 2025.
Loceng dibunyikan selama dua minit untuk memanggil ahli masuk.
Selepas itu, hanya 19 ahli berada dalam dewan dan sidang berakhir lebih awal.
Kesan? Perbahasan isu yang boleh memberi kesan kepada negara terpaksa ditangguhkan kerana tidak mencapai jumlah sasaran EN: fall short of tidak memenuhi BM: Tidak mencapai jumlah atau sasaran yang diperlukan diperlukan.
2. Cukup orang bersidang, belum tentu cukup undi
Ada dua soalan berbeza di sini: cukup orang untuk bersidang? & cukup sokongan untuk lulus?
Untuk undian biasa, secara umum, lebih banyak undi menyokong daripada menentang sudah memadai.
Contohnya, jika 100 ahli menyokong, 90 menentang dan 20 berkecuali EN: abstain berkecuali BM: Memilih untuk tidak mengundi menyokong atau menentang , undi menyokong mengatasi undi menentang.
Mereka yang berkecuali tidak dikira dalam kedua-dua kumpulan itu.
Tetapi pindaan Perlembagaan seperti had tempoh PM memerlukan dua pertiga daripada keseluruhan ahli Dewan Rakyat.
Kiraannya: 222 × ⅔ = 148 undi sokongan.
Sasaran itu tidak berkurang apabila ada ahli tak datang atau memilih untuk berkecuali.
Sebab itulah keputusan pada 2 Mac lalu nampak pelik:
Dua lagi ahli yang hadir dan mengundi setuju sudah cukup untuk mencapai sasaran.
Hadir sahaja belum cukup jika mereka memilih untuk berkecuali atau menentang.
Kenapa syaratnya lebih tinggi?
Perlembagaan menentukan bagaimana negara ditadbir dan kuasa kerajaan dijalankan.
Sebab itu, pindaan tertentu memerlukan sokongan sekurang-kurangnya dua pertiga ahli Parlimen lebih tinggi daripada majoriti biasa.
Maknanya, cukup undi untuk meluluskan undang-undang biasa belum tentu cukup untuk mengubah Perlembagaan.
3. Tak hadir, boleh hilang kerusi?
Boleh, tetapi bukan secara automatik.
Di bawah Perkara 52(1) Perlembagaan Persekutuan, jika seseorang ahli tidak hadir pada setiap sidang selama tempoh enam bulan tanpa kebenaran Dewan, Dewan boleh mengisytiharkan kerusinya kosong.
Kerusi tersebut tidak gugur dengan sendiri apabila tempoh itu cukup.
Peraturan ini menangani ketidakhadiran berpanjangan. Ia bukan syarat yang terus menggugurkan seseorang kerana kadar kehadirannya rendah.
Peraturan Mesyuarat 91 pula mewajibkan ahli memaklumkan kepada Setiausaha secepat mungkin jika tidak dapat menghadiri mesyuarat.
Selain itu, ahli akan menerima elaun kehadiran RM400 bagi setiap hari persidangan yang dihadiri.
Elaun itu berbeza daripada gaji bulanan mereka.
4. Semua yang tak hadir dikira ponteng?
Tidak. Sebab ketidakhadiran perlu dilihat juga.
Dalam Hansard 22 Jun 2026, Speaker mengakui bahawa ahli mungkin tidak hadir kerana urusan rasmi, masalah kesihatan atau urusan peribadi.
Beliau meminta mereka memaklumkan ketidakhadiran supaya perkara itu dapat direkodkan.
Namun, kadar kehadiran yang rendah tetap wajar ditanya.
Analisis News Straits Times berdasarkan senarai kehadiran Hansard bagi 78 hari persidangan pada 2025 mendapati:

Bagi Abdul Hadi, jumlah ketidakhadirannya termasuk 11 hari yang dimaklumkan secara rasmi di bawah Peraturan Mesyuarat 91.
Angka ini membantu rakyat bertanya soalan. Tetapi rekod tidak hadir sahaja belum menjelaskan sebab seseorang tidak datang.
5. Jadi, macam mana nak nilai kerja MP?
Kehadiran penting. Kita juga perlu melihat apa yang mereka buat apabila hadir.
Antara soalan yang boleh kita tanya:
- Dia hadir tak? Jika tidak, apakah sebabnya?
- Dia bawa isu apa? Adakah masalah rakyat dibangkitkan dan kerajaan disoal?
- Dia mengundi macam mana? Menyokong, menentang atau berkecuali dan mengapa?
- Apa kerja lainnya? Termasuk sumbangan dalam jawatankuasa dan kawasan yang diwakili.
Berkecuali juga berbeza daripada tidak hadir.
Seorang ahli boleh berada dalam dewan tetapi memilih untuk tidak mengundi menyokong atau menentang.
Namun, bagi undian yang memerlukan 148 sokongan, kedua-duanya tidak menambah undi setuju.
Sebab itu Transparency International Malaysia menyeru supaya rekod kehadiran dan kebenaran cuti didedahkan dengan lebih telus, terutama apabila melibatkan undian penting.
Hadir sahaja belum membuktikan seseorang menjalankan tugas dengan baik.
Tetapi apabila tiba masa mengundi, undi yang tidak dibuang tetap tidak masuk dalam kiraan.
Kita pilih wakil untuk membawa suara kita ke Parlimen.
Jadi, kita berhak tahu bila mereka hadir, apa yang mereka perjuangkan dan bagaimana mereka mengundi.