Kredit:Shafwan Zaidon
💡 Sambil baca, sambil belajar: perkataan yang bergaris oren boleh di-hover atau ditekan untuk maksud. Ada kuiz kecil kat bawah — jangan skip!

Lebih 9,000 doktor kontrak akan ditawarkan jawatan tetap pada 2027, dalam pengumuman Belanjawan 2027.

Apa maksudnya? Jawatan tetap memberi doktor job security EN: job security jaminan kerja BM: Kepastian untuk terus mempunyai pekerjaan dan lebih kepastian untuk merancang kerjaya.

Jika lebih ramai memilih untuk kekal, hospital kerajaan dapat mengekalkan tenaga berpengalaman.

Pesakit pula berpeluang mendapat rawatan yang lebih lancar.

Namun, 9,000 doktor bertukar status tidak bermakna 9,000 doktor baharu masuk bertugas. Mereka sudah berkhidmat dalam sistem awam.

Bajet naik 2.6%, cukup ke untuk keperluan hospital?

Peruntukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meningkat daripada RM46.5 bilion kepada RM47.7 bilion, iaitu sekitar 2.6%.

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ), mengalu-alukan langkah memberi jawatan tetap kepada doktor kontrak.

Namun, menegaskan langkah positif dan peningkatan itu belum cukup meyakinkan.

“Sebagai bekas menteri, saya melihat ini sebagai langkah yang positif.”

“Namun, dari segi komitmen terhadap sektor kesihatan, masih ada ruang untuk penambahbaikan,” katanya dalam podcast Keluar Sekejap.

Pada masa yang sama, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan inflasi kesihatan sebanyak 3% pada 2025.

Ini bermakna harga barangan dan perkhidmatan kesihatan yang diukur dalam indeks tersebut meningkat secara purata.

Tapi ingat, angka ini bukan ukuran sepenuhnya kos operasi KKM.

Namun, ia menunjukkan tekanan harga yang dihadapi rakyat: bajet bertambah, tetapi kos mendapatkan rawatan juga meningkat.

Hos bersama Keluar Sekejap, Shahril Hamdan, pula mengingatkan bahawa bantuan dan subsidi kerajaan tetap perlu dibiayai.

“Apabila sesebuah kerajaan kata kita akan bagi SARA, STR, kurangkan petrol, saya harap pendengar faham benda itu tidak percuma.”

Jelasnya, kerajaan perlu mengimbangi bantuan segera seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan pelaburan jangka panjang dalam hospital, sekolah dan perkhidmatan awam.

Khairy (kiri) & Shahril (kanan)

Bila hospital penuh, poket rakyat terasa

Apabila sukar mendapatkan rawatan segera di hospital kerajaan, sesetengah pesakit memilih hospital swasta.

Ada yang membayar sendiri, ada yang menggunakan insurans.

Tetapi apabila kos rawatan dan claims EN: claims tuntutan insurans BM: Permohonan bayaran daripada syarikat insurans meningkat, premium insurans juga boleh naik.

Bank Negara Malaysia (BNM) mendedahkan kenaikan kos perubatan memberi tekanan kepada premium insurans kesihatan.

Laporan sama juga merekodkan kenaikan 9% bagi komponen insurans dalam Indeks Harga Kesihatan pada 2025, berbanding tiada kenaikan pada 2024.

Ini tidak bermaksud premium setiap pemegang polisi meningkat pada kadar yang sama.

Tapi, tekanan dalam sistem kesihatan bukan hanya dirasai ketika menunggu giliran di hospital.

Ia juga boleh terasa ketika membayar bil rawatan atau memperbaharui perlindungan insurans.

MediAsas: pilihan extra, tetapi siapa yang bayar?

Kerajaan akan memperkenalkan MediAsas mulai Januari 2027 sebagai pelan perlindungan asas pada harga mampu milik.

Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berumur bawah 55 tahun juga akan dibenarkan menggunakan Akaun Sejahtera untuk membayar premium.

Hospital swasta pula akan menggunakan kategori caj yang seragam dan telus supaya pesakit lebih memahami setiap bayaran.

Namun, KJ mempersoalkan pendekatan yang membuka lebih banyak laluan kepada rawatan swasta ketika sistem awam masih memerlukan pengukuhan.

“Lebih banyak pilihan dibuka melalui sektor swasta, termasuk menggunakan simpanan KWSP untuk mendapatkan perlindungan MediAsas.”

“Pada masa yang sama, dana untuk menaik taraf hospital kerajaan masih terhad.”

Sementara itu, dalam pengumuman sama, kerajaan turut menyediakan RM1.2 bilion untuk penyelenggaraan dan baik pulih hospital serta klinik awam.

Persoalannya ialah sama ada peruntukan tersebut mencukupi untuk keperluan di lapangan.

Bagi rakyat, pilihan perlindungan tambahan boleh membantu.

Tetapi premium yang dibayar menggunakan simpanan KWSP tetap datang daripada wang sendiri.

Bil yang lebih telus pula belum tentu bermaksud bil yang lebih rendah.

Apa kata petugas hospital?

Bagi pembantu perubatan, Amira, 42, yang bertugas bersama doktor kontrak setiap hari, beliau berpendapat inisiatif memberi penetapan kontrak satu perkara yang wajar diberikan sokongan.

“Kami pun harap lebih ramai doktor kekal. Senang nak kerja bila pasukan cukup, pesakit pun dapat perhatian mencukupi,” ujarnya ringkas.

Apa yang kita boleh belajar?

Mengekalkan doktor ialah langkah pertama.

Jawatan tetap boleh membantu doktor terus berkhidmat.

Namun, mereka juga memerlukan kemudahan dan kelengkapan yang mencukupi untuk merawat pesakit dengan baik.

Masa menunggu lebih singkat, akses rawatan lebih mudah dan kurang keperluan mendapatkan rawatan swasta juga penting.

Jika sistem awam masih tidak mampu menampung keperluan pesakit...rakyat tetap menanggung kosnya melalui: cukai, premium insurans atau bayaran out of pocket. EN: out of pocket poket sendiri BM: Kos yang dibayar menggunakan wang sendiri