> Apa sebenarnya yang bakal majikan nak dengar?

Canonical: https://kelassekejap.com/articles/cara-jawab-kenapa-awak-berminat-dengan-jawatan-ini/
Language: ms

Kelas Sekejap · Media edition 7 Sept 2026

[Bahasa](/topics/bahasa/)

Lesson · 2 min read

# Cara Jawab “Kenapa Awak Berminat Dengan Jawatan Ini?”

Apa sebenarnya yang bakal majikan nak dengar?

**Kelas Sekejap Team** 7 Sept 2026

![Cara Jawab “Kenapa Awak Berminat Dengan Jawatan Ini?”](https://cdn.sanity.io/images/3u31basp/production/a2481e2b304d005910492280eaee13eb6484ead4-1448x1086.png?w=1600&fm=webp&q=80)

Illustration · Kelas Sekejap

Soalan ini nampak hampir sama dengan _“Kenapa nak kerja di sini?”,_ tetapi fokusnya berbeza.

**“Kenapa nak kerja di sini?”** - Jawapan fokus pada syarikat sahaja.

**“Kenapa berminat dengan jawatan ini?”** - Jawapan fokus pada tugas dan tanggungjawab jawatan tersebut.

### Apa Yang Interviewer Nak Dengar?

Mereka nak tahu sama ada anda:

-   Faham skop jawatan
-   Benar-benar berminat dengan tugasnya
-   Ada pengalaman atau kemahiran yang relevan
-   Tahu apa yang anda boleh sumbangkan

### Struktur Mudah

Apa yang menarik minat anda **→** Pengalaman/kemahiran berkaitan **→** Apa yang anda boleh sumbangkan

### Contoh Jawapan

> “I’m interested in this role because it combines analytical work, communication and problem-solving.

> From my previous experience, I realised that I enjoy breaking down complex problems while also working closely with people. This role would allow me to use both of those skills.”

### Contoh Kerja Sales / Business Development

> “What interests me about this role is the combination of relationship-building and target-driven work.

> During my internship, I enjoyed understanding what clients needed before suggesting a solution. I’d like to build on that experience and learn how to manage the full sales process.”

🎙 Cakap dalam English

“What interests me about this role is the combination of relationship-building and target-driven work” 

Saya tertarik dengan peranan ini kerana ia menggabungkan hubungan dengan pelanggan dan pencapaian sasaran.

### Contoh Kerja Technical / Software

> “This role interests me because it combines technical work with collaboration. In my final-year project, I often had to explain technical limitations to non-technical teammates, and I enjoyed being that bridge between both sides.”

### Contoh Kerja Admin / Operations

> “I’m interested in this role because I enjoy organising things and solving day-to-day problems.

> In my previous job, I was often the person people came to when something needed to be coordinated quickly, so this role feels like a natural fit.”

🎙 Cakap dalam English

“I’m interested in this role because I enjoy organising things and solving day-to-day problems” 

Saya berminat dengan peranan ini kerana saya suka mengurus dan menyelesaikan masalah harian.

### Jangan Keliru Dengan “Kenapa Nak Kerja Di Sini?”

**Kenapa nak kerja di sini?**  
→ _cerita tentang syarikat, budaya, produk atau misi._

**Kenapa berminat dengan jawatan ini?**  
→ _cerita tentang tugas, kemahiran dan jenis kerja yang anda akan lakukan._

Kalau jawapan untuk kedua-dua soalan boleh digunakan tanpa banyak perubahan, besar kemungkinan jawapan anda masih terlalu umum.

**Tip:** Sebelum interview, baca semula job description dan pilih 2–3 tanggungjawab yang benar-benar menarik minat anda.

## Kotak istilah

3 Perkataan Hari Ini!

| English | Bahasa Melayu |
| --- | --- |
| Responsibility | Tugas atau perkara yang perlu dilakukan dalam sesuatu jawatan. |
| Contribution | Nilai, kemahiran atau hasil yang anda boleh bawa kepada pasukan atau syarikat. |
| Skillset | Gabungan kemahiran yang anda ada dan boleh gunakan dalam sesuatu kerja. |

[← Back to the front page](/)

→

## More like this

[View all Bahasa](/topics/bahasa/)

[Bahasa

### Loghat Kelantan Macam Scottish? Cerita Di Sebalik “Ae”

3 min read · 6 Nov 2026](/articles/loghat-kelantan-macam-scottish/)

[Bahasa

### Jom Kenali 6 Kawan Baharu di Kelas SPM!

5 min read · 27 Oct 2026](/articles/kenali-6-kawan-baharu-kelas-spm-english/)

[Bahasa

### Practise Giving Directions a Go on Kelas Sekejap App!

2 min read · 22 Oct 2026](/articles/practise-giving-directions-a-go-on-kelas-sekejap-app/)

---

_Kelas Sekejap — belajar apa saja, sekejap je._
Sitemap: https://kelassekejap.com/sitemap-index.xml · Site guide for agents: https://kelassekejap.com/llms.txt · Glossary: https://kelassekejap.com/kamus/ · Topics: https://kelassekejap.com/topics/berita/ · https://kelassekejap.com/topics/duit/ · https://kelassekejap.com/topics/kerjaya/ · https://kelassekejap.com/topics/bahasa/ · https://kelassekejap.com/topics/budaya/
