> Ramai pekerja tidak tahu bahawa ada perlindungan undang-undang yang boleh digunakan apabila majikan melampaui batas.

Canonical: https://kelassekejap.com/articles/bos-ugut-ini-5-hak-anda-sebagai-pekerja/
Language: ms

Kelas Sekejap · Media edition 3 Sept 2026

[Kerjaya](/topics/kerjaya/)

Lesson · 5 min read

# Bos Ugut? Ini 5 Hak Anda Sebagai Pekerja

Ramai pekerja tidak tahu bahawa ada perlindungan undang-undang yang boleh digunakan apabila majikan melampaui batas.

**Kelas Sekejap Team** 3 Sept 2026

![Bos Ugut? Ini 5 Hak Anda Sebagai Pekerja](https://cdn.sanity.io/images/3u31basp/production/c9159f57cd783f0a1d3b5eff0d36a609c89d2c50-1447x1087.png?w=1600&fm=webp&q=80)

Illustration · Kelas Sekejap

#### 💡 Sambil baca, sambil belajar: perkataan yang bergaris oren boleh di-hover atau ditekan untuk maksud. Ada kuiz kecil kat bawah — jangan skip!

Diugut bos, diancam buang kerja, dipaksa resign atau diberitahu gaji akan disekat?

Situasi macam ini memang boleh berlaku di tempat kerja.

Tapi, ramai pekerja tidak tahu bahawa ada perlindungan undang-undang yang boleh digunakan apabila majikan melampaui batas.

Ini 5 perkara asas yang anda patut tahu.

**1\. Bos Tak Boleh Terus Hukum Sesuka Hati**

Kalau anda dituduh melakukan kesalahan, anda sepatutnya diberi peluang untuk menjelaskan keadaan dan mempertahankan diri sebelum tindakan tatatertib diambil.

Dalam banyak kes, proses ini dibuat melalui siasatan dalaman atau domestic inquiry .

Maksudnya, ancaman seperti “awak terus kena buang hari ini” tanpa peluang untuk menjawab tuduhan boleh menimbulkan persoalan tentang keadilan proses tersebut.

**2\. Dipaksa Resign Tak Semestinya Resign Sukarela**

Ada pekerja yang akhirnya meletak jawatan bukan sebab mereka mahu, tetapi kerana tekanan daripada majikan sudah terlalu berat.

Contohnya, diugut, ditekan berulang kali atau keadaan kerja dibuat begitu sukar sehingga pekerja merasakan mereka tiada pilihan selain berhenti.

Situasi tertentu seperti ini boleh menjadi isu constructive dismissal atau pembuangan kerja secara membina.

Jika perkara ini berlaku, anda perlu mengemukakan representasi kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan dalam tempoh 60 hari.

**3\. Gaji Tak Boleh Dijadikan Alat Ugutan**

“Kalau tak ikut arahan, saya tahan gaji.”

Majikan tidak boleh sesuka hati menahan atau memotong gaji sebagai hukuman.

**Akta Kerja 1955** menetapkan keadaan tertentu sahaja yang membolehkan potongan dibuat.

Jadi, gaji bukan sesuatu yang boleh digunakan untuk menekan pekerja sesuka hati.

**4\. Anda Boleh Buat Aduan**

Jika berlaku ugutan atau pelanggaran hak, pekerja boleh mendapatkan bantuan daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM).

Atau Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP), bergantung pada isu yang berlaku.

Aduan boleh dibuat melalui pejabat berkaitan atau saluran rasmi seperti Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) dan aplikasi Working for Workers.

Paling penting, simpan bukti seperti WhatsApp, e-mel, surat, tarikh kejadian dan nama saksi.

**5\. Buli Bukan “Normal Culture”**

Dimarah sekali-sekala dan dibuli secara berterusan bukan perkara yang sama.

Ugutan, intimidasi atau tekanan berulang di tempat kerja tidak sepatutnya dianggap normal.

Jika perkara ini berlaku, pekerja boleh mendapatkan bantuan daripada Bahagian Sumber Manusia (HR), kesatuan sekerja, pihak berkuasa buruh atau polis sekiranya melibatkan ancaman jenayah.

**Kalau Ini Berlaku Kepada Anda**

Jangan terus padam mesej atau perbualan dengan majikan.

Simpan bukti, catat apa yang berlaku dan dapatkan nasihat melalui saluran yang betul secepat mungkin.

Ini terutama jika anda percaya anda dipaksa berhenti kerja kerana sesetengah tuntutan mempunyai had masa.

_Artikel ini untuk maklumat umum dan bukan nasihat guaman. Bagi kes khusus, dapatkan nasihat daripada pihak berkuasa berkaitan atau peguam berkelayakan._  

Kuiz Sekejap

Jom Jawab Kuiz!

1 · Bolehkah majikan terus memecat pekerja tanpa memberi peluang membela diri?

  

2 · Jika pekerja dipaksa resign akibat tekanan majikan, ini boleh dikenali sebagai...

  

3 · Di mana pekerja boleh membuat aduan berkaitan isu pekerjaan?

  

Alat percuma

## Berapa gaji anda yang sampai ke bank?

Masukkan gaji kasar dan lihat potongan KWSP, PERKESO, SIP dan PCB satu persatu — serta apa yang majikan bayar.

[Buka kalkulator gaji bersih](/kalkulator/gaji-bersih/)

[← Back to the front page](/)

→

## More like this

[View all Kerjaya](/topics/kerjaya/)

[Kerjaya

### Anda Ada “Corporate Anxiety”?

3 min read · 30 Oct 2026](/articles/bos-mesej-esok-jumpa-sekejap-corporate-anxiety/)

[Kerjaya

### 9 Tanda Anda Mungkin Burnout, Bukan Sekadar Malas

4 min read · 29 Oct 2026](/articles/9-tanda-burnout-bukan-malas/)

[Kerjaya

### Gaji Sampai RM70,000 Sebulan? Ini 10 Jawatan IT!

3 min read · 26 Oct 2026](/articles/gaji-rm70000-sebulan-10-jawatan-it/)

---

_Kelas Sekejap — belajar apa saja, sekejap je._
Sitemap: https://kelassekejap.com/sitemap-index.xml · Site guide for agents: https://kelassekejap.com/llms.txt · Glossary: https://kelassekejap.com/kamus/ · Topics: https://kelassekejap.com/topics/berita/ · https://kelassekejap.com/topics/duit/ · https://kelassekejap.com/topics/kerjaya/ · https://kelassekejap.com/topics/bahasa/ · https://kelassekejap.com/topics/budaya/
